Page 12 - PERATURAN OLAHRAGA
P. 12

14.0  BANTAHAN/TATATERTIB

                        14.0  Sebarang Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus
                                pasukan  dan  disahkan  oleh  Ketua  Kontingen  atau  Wakil  IPT
                               berkenaan  dan  hendaklah  diserahkan  kepada  Penyelaras  Teknikal
                               Olahraga SIPMA 2025 dalam tempoh tidak lebih dari satu jam selepas
                               tamat permainan  dengan  disertakan  wang  tunai sebanyak  RM500.00
                               (Ringgit  Malaysia:  Lima  Ratus  sahaja)  sebagai  wang  cagaran  dan
                               yuran proses.

                        14.1  Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan penganjur
                                sekiranya bantahan itu tidak diterima.

                        14.2  Sekiranya  bantahan  diterima  oleh  Jawatankuasa  Bantahan,  maka
                               wang  cagaran  sebanyak  RM  200.00  (Ringgit  Malaysia:  Dua  Ratus
                               Sahaja)  akan  dikembalikan  dan  RM  300.00  (Ringgit  Malaysia:  Tiga
                               Ratus Sahaja) sebagai yuran proses.

                        14.3  Jawatankuasa  bantahan  terdiri  daripada  5  orang  iaitu  Penyelaras
                               Teknikal Kejohanan, Wakil KOM dan 3 orang pengurus pasukan yang
                               berkecuali.

                        14.4  Bantahan hendaklah ditulis di dalam Bahasa Melayu dan pihak yang
                               membantah  perlu  mengemukakan  bukti  kepada  Jawatankuasa
                               Bantahan yang diwujudkan.

                        14.5  Keputusan        Jawatankuasa        Bantahan        adalah      muktamad.
                               Walaubagaimanapun,  jika  pasukan  ingin  membuat  rayuan,  boleh
                               memajukan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan.

                        14.6  Jawatankuasa  Rayuan  terdiri  daripada  KPT,  Ketua  Penyelaras
                               Kejohanan, Ketua Penyelaras Teknikal Kejohanan, Wakil KOM dan 3
                               Wakil Majlis yang dilantik serta berkecuali.

                15.0  JURI RAYUAN TERTINGGI
                        Rujuk Perkara 15 Peraturan Am SIPMA.

                16.0  RAYUAN / BANTAHAN
                        Rujuk Perkara 17 Peraturan Am SIPMA.

                17.0  JAWATANKUASA DISIPLIN
                        Rujuk Perkara 18 Peraturan Am SIPMA.





                Kemaskini: 13 Jun 2025
   7   8   9   10   11   12   13