Page 11 - PERATURAN OLAHRAGA
P. 11

11.0   HADIAH
                        11.1    Hadiah-hadiah yang disediakan ialah seperti berikut:
                                 11.1.1     Acara Individu sehingga 2000M: Pertama, Kedua dan Ketiga.
                                 11.1.2     Acara  Individu  3000M  dan  jarak  lebih  daripadanya:
                                            Pertama,kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.
                                 11.1.3     Acara  Pasukan:  Enam  pingat  akan  diberikan  kepada
                                            setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama,
                                            Kedua dan Ketiga.

                12.0  KAEDAH  PENENTUAN  BAGI  RANKING
                        12.1     Cara Memutuskan Ranking Kejohanan
                                 12.1.1    Johan  keseluruhan  bagi  kejohanan  ini  ialah  kontigen
                                           olahraga  yang memenangi pingat emas terbanyak.
                                 12.1.2    Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil
                                           kira.
                                 12.1.3    Jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak
                                           akan diambil kira.
                                 12.1.4    Jika masih seri, pemenang bersama akan digunapakai.

                13.0    TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                        13.0    Taklimat  Pengurus  Pasukan  akan  ditetapkan  oleh  pihak  penganjur.
                               Semasa  perjumpaan  ini  pengesahan  penyertaan  hendaklah  dibuat.
                               Sebarang perubahan dan pertukaran boleh dibuat semasa Mesyuarat
                               Pengurus Pasukan.

                        13.1  Penambahan atlet baru TIDAK DIBENARKAN selepas tarikh tutup
                               pengesahan penyertaan.

                        13.2  Pertukaran acara hanya dibenarkan bagi peserta yang berdaftar
                               sahaja.

                        13.3  Semasa  taklimat  pengurus,  penambahan  peserta  acara  balapan  dan
                               padang  tidak  dibenarkan.  Hanya  proses  „Gugur‟  sahaja  yang
                               dibenarkan semasa talimat Pengurus Pasukan.

                        13.4  Sekiranya,  terdapat  pertukaran  peserta  disebabkan  kecederaan,
                               (mestilah  mendapat  pengesahan  daripada  pegawai  perubatan).
                               Peserta yang menggantikan perlu mengambil bahagian semua acara
                               peserta yang diganti.

                        13.5  Pengguguran dan penambahan acara perlu menggunakan borang yang
                               disediakan oleh pihak penganjur.



                Kemaskini: 13 Jun 2025
   6   7   8   9   10   11   12   13