Page 6 - PERATURAN OLAHRAGA
P. 6
hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan
acara atau program pertandingan.
7.5 Peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor pendaftaran peserta
perlu diletakkan di bahagian depan dan belakang baju kecuali bagi acara
lompat tinggi dan lompat bergalah sahaja dibenarkan penggunaan nombor
di depan.
7.6 Semasa melaporkan diri, seseorang peserta mesti menunjukkan kad
akreditasi kepada penyelia peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak
dipatuhi, peserta berkenaan tidak akan dibenarkan bertanding.
7.7 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan mempunyai kuasa untuk
melakukan sebarang pindaan berkenaan jadual pertandingan sama ada
menangguh atau mengubah jadual berdasarkan keperluan semasa dengan
pemakluman kepada peserta/pasukan.
8.0 PAKAIAN DAN PERALATAN
8.1 Pakaian Pertandingan
8.1.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dengan acara trek dan padang.
8.1.2 Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis
sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi
09 mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing.
Untuk acara tersebut, paku tidak boleh melebihi 12mm.
8.1.3 Bagi acara jarak jauh, penggunaan kasut harus mengikut peraturan
World Athletic (WA).
8.1.4 Setiap pasukan yang menyertai acara berganti-ganti adalah
diwajibkan memakai pakaian yang seragam.
8.1.5 Pihak penganjur akan menyediakan spesifikasi nombor bib seperti
berikut:
8.1.5.1 Pengenalan nombor bib:
BIL. PASUKAN HURUF NO. LELAKI NO. WANITA
1 MSSM S S 001 – S 050 S 051- S100
2 MASUM U U101 – U150 U151- U200
3 MSIPGM G G201 – G250 G251- G300
4 MSPM P P301 – P350 P351- P400
Kemaskini: 13 Jun 2025

