Page 4 - PERATURAN OLAHRAGA
P. 4

5.6    Hanya pemain yang berdaftar di dalam borang pengesahan atlet sahaja
                              layak mengambil bahagian.

                       5.7    Sebarang pertukaran pegawai/pemain selepas tarikh tutup pendaftaran
                              individu akan dikenakan denda seperti berikut.

                              5.7.1  Selepas tarikh tutup pendaftaran invidivu (I-form) sehingga
                                     seminggu sebelum taklimat pengurus-pengurus pasukan akan
                                     dikenakan denda RM 15.00.
                              5.7.2  Pertukaran  kategori  bagi  setiap  acara  dibenarkan  pada  7  hari
                                     sebelum  Taklimat  Pengurus  Pasukan.  Hanya  kategori  yang  telah
                                     berdaftar  sahaja  dibenarkan  membuat  pertukaran.  Setiap
                                     pertukaran kategori akan dikenakan denda sebanyak RM 15.00.
                              5.7.3  Pertukaran  pemain  yang  mengalami  kecederaan  boleh  dibuat  7
                                     hari sebelum taklimat pengurus pasukan sehingga sehari sebelum
                                     taklimat dengan disertakan pengesahan dari pihak Pusat Kesihatan
                                     Universiti/ Hospital Kerajaan/Klinik Kerajaan.
                              5.7.4  Kad  yang  hilang/rosak  akan dikenakan  denda  sebanyak  RM  15.00
                                     bagi setiap pengantian kad baharu.
                              5.7.5  Semua      bayaran     hendaklah     dibuat    secara    tunai    kepada
                                     Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

              6.0      SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN

                       6.1    Pertandingan akan dijalankan mengikut acara dan jadual pertandingan yang
                             telah ditetapkan.

                       6.2  Susunan  acara  adalah  mengikut  susunan  yang  ditetapkan  oleh
                             Jawatankuasa  Pengelola  dan  dirujuk  kepada  Jawatankuasa  Teknikal  dan
                             Pertandingan Kejohanan SIPMA.

                       6.3  Acara hanya akan dijalankan sekiranya TIGA (3) atau lebih peserta/pasukan
                             berlainan  mengambil  bahagian  bagi  sesuatu  acara  yang  dipertandingkan
                             selepas tarikh tamat pengesahan penyertaan.

                       6.4  Sekiranya  pengguguran  acara  yang  melibatkan  kurang  daripada  3  acara
                             semasa  mesyuarat  pengurus  pasukan  berlaku,  acara  tetap  dijalankan
                             dengan status seperti berikut.

                             6.4.1 Sekiranya  tiga  (3)  penyertaan,  hanya  Johan  dan  Naib  Johan  akan
                                   diambilkira dalam pungutan pingat. Kesemua peserta yang bertanding
                                   layak mendapat pingat dan hadiah.





               Kemaskini: 13 Jun 2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9