Page 5 - PERATURAN OLAHRAGA
P. 5
6.4.2 Sekiranya dua (2) penyertaan, hanya Johan sahaja akan diambilkira
dalam pungutan pingat. Kesemua peserta yang bertanding layak
mendapat pingat dan hadiah.
6.4.3 Sekiranya hanya satu (1) penyertaan, acara akan dibatalkan.
6.5 Cara memutuskan keputusan pertandingan bagi peringkat saringan dan
separuh akhir serta pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Kejohanan SIPMA merujuk kepada peraturan
World Athletics (WA) terkini.
6.6 Susunan atlet bagi acara 4x100m Mix dan 4x400m Mix adalah mengikut
peraturan terkini “World Athletics” iaitu:
Acara 4x400m Mix:
Pelari Pertama : Lelaki
Pelari Kedua : Wanita
Pelari Ketiga : Lelaki
Pelari Keempat : Wanita
Acara 4x100m Mix:
Pelari Pertama : Wanita
Pelari Kedua : Wanita
Pelari Ketiga : Lelaki
Pelari Keempat : Lelaki
7.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN
7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri ke khemah penyelia peserta (call-
room) sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung seperti
berikut :
7.1.1 30 minit bagi acara balapan
7.1.2 45 minit bagi acara padang
7.1.3 60 minit bagi acara Lombol Bergalah
7.2 Peserta yang lewat melapor diri iaitu 15 minit sebelum acara bermula,
tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan
dianggap menarik diri.
7.3 Peserta tidak dibenarkan melapor diri terus kepada Pegawai Teknikal
dalam arena pertandingan.
7.4 Hebahan tentang panggilan peserta untuk melapor diri tidak akan
dibuat. Maklumat hanya disiarkan di tempat penyelia peserta. Hebahan
Kemaskini: 13 Jun 2025

