Page 3 - PERATURAN OLAHRAGA
P. 3

3.3.3  Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
                              3.3.4  Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
                              3.3.5  Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM)
                              3.3.6  Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)
                              3.3.7  Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA)
                              3.3.8  Majlis Sukan Kolej Vokasioanal Malaysia (MASKoV)

                       3.4    Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang Penyertaan
                              Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang
                              telah  ditetapkan.  Butir-butir  tentang  seseorang  peserta  hendaklah
                              dilengkapkan  dan  disahkan  oleh  Setiausaha  Agung  Majlis  Sukan
                              Pasukan/Ketua Kontinjen masing-masing.

                       3.5    Peserta-peserta  yang  hanya  menyertai  acara  Lari  Berganti-Ganti
                              dikehendaki di daftar juga dalam borang penyertaan.

                       3.6    Peserta-peserta  dikehendaki  membawa  Kad  Pengenalan  asal  dan  kad
                              matrik  atau  yang  setaraf  dengannya  sebagai  Pengesahan  Rasmi
                              penyertaan jika diminta.

               4.0      KELAYAKAN

                       4.1    Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.

               5.0     AKREDITASI

                       5.1     Semua pasukan dimestikan menggunakan kad akreditasi berdasarkan
                                     pendaftaran online yang dikeluarkan oleh pihak pengelola.

                       5.2    Salinan  pendaftaran/kelayakan  akademik  atlet/pasukan  hendaklah
                              ditandatangani  oleh  Pengarah  atau  Ketua  Pusat/Unit/Jabatan  Sukan
                              beserta pengesahan daripada bahagian akademik pelajar.

                       5.3    Setiap  pasukan  dimestikan  menyerahkan  borang  pendaftaran/kelayakan
                              akademik  pasukan,  borang  pengesahan  peserta  (I-form),  salinan  kad
                              pelajar dan salinan kad pengenalan/passport kepada Jawatankuasa TAC
                              semasa mengambil kad akreditasi.

                       5.4    Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad pelajar sepanjang
                              kejohanan ini berlangsung.

                       5.5    Pasukan yang bertanding adalah bertanggungjawab untuk
                              mengemukakan kad pelajar bagi disemak oleh Jawatankuasa Teknikal
                              dan Pertandingan pada bila-bila masa di sepanjang tempoh kejohanan.



               Kemaskini: 13 Jun 2025
   1   2   3   4   5   6   7   8