Page 3 - PERATURAN SEPAK TAKRAW
P. 3

3.2     Setiap  pemain  hanya  dibenarkan  menyertai  2  acara  sahaja  iaitu  regu  atau
                              beregu dan acara berpasukan

                      3.3     Tiada Pertukaran kategori apabila pendaftaran pasukan telah dibuat

                       3.4    Pemain mestilah terdiri daripada peserta-peserta yang didaftarkan dalam borang
                              penyertaan sahaja.

                       3.5    Bilangan Pegawai dan pemain bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

                                                                   ATLET
                                 PERKARA                                                      PEGAWAI
                                                  REGU          BEREGU       BERPASUKAN
                                 Maksimum            5              4              15
                                                                                                    4
                                  Minimum            4              3              12

                      3.6     Setiap  pasukan  dibenarkan  untuk  mendaftar  seramai  15  orang  pemain
                              (maksimum) dan 12 orang pemain (minimum)

               4.0     SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN

                       4.1    Pertandingan  akan  dijalankan  mengikut  acara  dan  jadual  pertandingan  yang
                              telah ditetapkan.

                       4.2    Pertandingan akan dijalankan secara liga 1 pusingan dalam kumpulan.


                       4.3    Pasukan  Johan  dan  Naib  Johan  setiap  kumpulan  akan  layak  ke  pusingan
                              seterusnya.

                       4.4    Bagi pusingan kedua dan seterusnya akan dijalankan secara kalah singkir

                       4.5    Semua regu mesti berada di lokasi pertandingan 30 minit sebelum perlawanan
                              dijadualkan bermula.

                       4.6    Jika  mana-mana  pasukan  tidak  melaporkan  diri  10  minit  selepas  waktu  yang
                              dijadualkan maka pasukan tersebut tidak layak untuk meneruskan perlawanan

                       4.7    Cara memutuskan keputusan pertandingan.

                              4.7.1  Pembahagian mata bagi pusingan pertama.

                                     4.7.1.1    Menang   – 2 mata
                                     4.7.1.2    Kalah      – 0 mata





               Kemaskini: 13 Jun 2025                                                                       3
   1   2   3   4   5