Page 4 - PERATURAN SEPAK TAKRAW
P. 4

4.8    Sekiranya dua pasukan  atau lebih memperolehi  mata yang sama ketiga dalam
                              kumpulan,  maka  kemenangan  akan  ditentukan  dengan  cara  turutan  peraturan
                              berikut:

                              4.8.1  Kiraan  Perbezaan  Set  -  Pasukan  yang  telah  memperolehi  lebih  kiraan
                                     perbezaan Set, akan dikira menang.

                              4.8.2  Kiraan perbezaan angka-angka mata - Pasukan yang telah memperolehi
                                     lebih kiraan perbezaan angka-angka mata akan dikira menang.

                              4.8.3  Sekiranya dengan kaedah di atas terdapat sama juga maka pasukan yang
                                     telah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

                              4.8.4  Sekiranya  kaedah  ini  juga  tidak  mendapat  keputusan,  maka  pasukan-
                                     pasukan berkenaan akan diundi bagi menentukan kedudukan Pemenang.

               5.0    PAKAIAN DAN PERALATAN

                       5.1    Pakaian Pertandingan

                              5.1.1  Semua  pemain  di  dalam  setiap  pasukan  hendaklah  memakai  jersi
                                     seragam  dan  bernombor  kekal  dibahagian  depan  dan  belakang.  Jersi
                                     mestilah bernombor dari nombor 1 hingga 36 sahaja.

                              5.1.2  Nama pasukan perlu ada di bahagian atas belakang jersi pemain

                              5.1.3  Nombor  pemain  perlulah  tidak kurang  10  cm depan  &  20  cm  belakang
                                     dan Nama pasukan mestilah kontra dengan warna jersi serta terang dan
                                     jelas.

                              5.1.4  Pemakaian seluar ”Tight” berwarna gelap adalah DIWAJIBKAN manakala
                                     seluar ”Triquarter”  dan ”Track Bottom  ” tidak dibenarkan.

                              5.1.5  Ketua  regu/beregu  mestilah  dilantik  sebelum  permainan  bermula  dan
                                     dikehendaki memakai tanda dilengan (Arm Band).

                       5.2     Peralatan Pertandingan

                              5.2.1  Semua jenis peralatan rasmi permainan adalah seperti berikut
                                     5.2.1.1    Lelaki – Bola Gajah Emas (GE 511)

               6.0     MENARIK DIRI

                       6.1    Setiap  pasukan  yang  bertanding  perlu  menghabiskan  setiap  perlawanan  dan
                              tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan





               Kemaskini: 13 Jun 2025                                                                       4
   1   2   3   4   5