Page 1 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 1
Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
PERATURAN AM
SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA
(SIPMA)
________________________________________________________
1. NAMA
1.1. Kejohanan ini dinamakan “SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN
MALAYSIA”.
2. PENGELOLAAN
2.1. SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) ini dikelolakan
bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia setiap dua (2) tahun sekali dengan kerjasama Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (MSIPGM), Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM), Majlis
Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Politeknik Malaysia
(MSPM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM), Majlis Sukan
IPTS Malaysia (MASISWA), Majlis Sukan Kolej Vokasional Malaysia
(MASKoV) dan pihak-pihak yang terlibat seperti agensi kerajaan,
persatuan-persatuan sukan dan pihak swasta.
2.2. Bagi maksud pengelolaan, sebuah Jawatankuasa Induk (Perkara 3
Peraturan Tetap SIPMA) yang bertanggungjawab berkenaan dengan
perkara-perkara dasar ditubuhkan. Sebuah Jawatankuasa Pengelola
hendaklah ditubuhkan untuk membuat perancangan dan mengelolakan
semua program dan aktiviti SIPMA seterusnya Jawatankuasa-
jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab
kepada Jawatankuasa Pengelola. Bahagian Sukan, Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah Sekretariat SIPMA di peringkat Pusat dan
bertanggungjawab mempastikan segala dasar dan keputusan
1
DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025

