Page 5 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 5

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
                            Universiti  Malaysia  (MASUM),  Majlis  Sukan  Politeknik  Malaysia  (MSPM),
                            Majlis  Sukan  Kolej  Komuniti  Malaysia  (MASKOM),  Majlis  Sukan  IPTS

                            Malaysia  (MASISWA)  dan  Majlis  Sukan  Kolej  Vokasional  Malaysia
                            (MASKoV).


               7.    KAWALAN PERUBATAN

                     7.1.  Semua  peserta  dalam  semua  jenis  sukan  dikehendaki  menjalani

                            pemeriksaan perubatan dengan mengemukakan Sijil atau Surat Pengakuan
                            Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat
                            di tempat masing-masing sebelum datang ke pertandingan.


                     7.2.  Ujian  doping  akan  dijalankan  secara  rambang  ke  atas  atlet  semasa
                            Kejohanan SIPMA dijalankan.


                     7.3.  Jika seseorang peserta itu mewakili pasukan/ mengambil bahagian dalam
                            acara  individu  didapati  gagal  ujian  doping,  pasukan/  penyertaan  peserta
                            tersebut dengan sendirinya akan terbatal. Sekiranya pasukan/individu yang

                            dibatalkan turut memenangi pingat, kemenangan tersebut akan juga turut
                            terbatal dan pingat-pingat yang dimenangi akan ditarik balik. Pingat-pingat
                            dan mata akan dianugerahkan kepada peserta-peserta terbaik berikutnya.



               8.    KAWALAN KEWANITAAN


                     8.1.  Seseorang peserta jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Pengelola SIPMA
                            untuk  membuat  pemeriksaan  kewanitaan,  hendaklah  patuh  kepada
                            peraturan ini.


               9.    PERATURAN PERTANDINGAN


                     9.1.  Bahagian  Sukan,  Kokurikulum  dan  Kesenian,  Kementerian  Pendidikan
                            Malaysia  selaku  Sekretariat  SIPMA,  dengan  kerjasama  Jawatankuasa
                            Teknikal SIPMA akan menetapkan format pertandingan bagi semua sukan
                            yang dipertandingkan dalam SIPMA ini.


                     9.2.  Semua  jenis  sukan  /  acara  akan  dikelolakan  selaras  dengan  Peraturan

                            Badan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan




                                                                                                         5
               DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10