Page 6 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 6

Peraturan AM SIPMA Edisi ke-10, 2025
                            dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan
                            dalam Bahasa Inggeris.


                     9.3.  Pertandingan  bagi  semua  jenis  sukan  hendaklah  diselesaikan  mengikut
                            tempoh  SIPMA  seperti  yang  ditetapkan  perkara  10.1  atau  pada  tempoh

                            yang dipersetujui oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

                     9.4.  Penetapan  bilangan  kumpulan  bagi  semua  sukan  akan  ditetapkan  oleh

                            Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal sukan masing-masing.

               10.  TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN


                     10.1.  Temasya SIPMA ini akan berlangsung selama lapan (8) hari termasuk hari
                            pendaftaran  masuk,  penyesuaian  padang/gelanggang  dan  pendaftaran
                            keluar.


                     10.2.  Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa
                            dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.


               11.  PENANGGUHAN

                     11.1.  Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan tidak

                            boleh diminta Tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil
                            bahagian.


                     11.2.  Jawatankuasa  Pengelola  SIPMA  adalah  mempunyai  kuasa  mutlak  untuk
                            menangguhkan  atau  mengubah  sesuatu  perlawanan  dengan  diberitahu
                            terlebih dahulu atau diputuskan serta merta.


                     11.3.  Mana-mana  perlawanan  yang  ditangguhkan  menurut  para  11.2  di  atas,
                            maka  Jawatankuasa  Teknikal  dan  Pertandingan  bagi  sukan  berkenaan

                            membuat keputusan.



               12.  KEMUDAHAN

                     12.1.  Jawatankuasa  Pengelola  bertanggungjawab  menyediakan  semua
                            kemudahan  yang  berkaitan  dengan  pelaksanaan  SIPMA  seperti

                            penginapan, makan, minum dan peralatan pertandingan.


                                                                                                         6
               DIKEMAS KINI PADA 13 JUN 2025 MESYUARAT TEKNIKAL SIPMA BIL. 1/2025
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11