Page 2 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 2
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025
1. PERATURAN AM
1.1 Pertandingan ini dijalankan berpandukan Undang-Undang Rasmi Bola
Tampar 2021-2024 Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Official
Volleyball Rules 2021-2024 Fédération Internationale de Volleyball –
FIVB) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan Peraturan Tetap dan
Peraturan Am SIPMA.
1.2 Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan
Tetap dan Peraturan Am SIPMA.
1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada
Undang-Undang Rasmi Bola Tampar 2021-2024 Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa (Official Volleyball Rules 2021-2024
Fédération Internationale de Volleyball – FIVB).
1.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan SIPMA adalah muktamad.
2. PENYERTAAN
2.1 Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.
2.2 Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan
Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang
telah ditetapkan. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Pasukan
atau Ketua Kontinjen masing-masing.
2.3 Kategori yang dipertandingkan ialah bola tampar lelaki dan bola tampar
wanita.
2.4 Setiap kontinjen boleh mendaftar tidak lebih daripada 28 orang pemain
dan 8 orang pegawai bagi sukan bola tampar. Pecahan adalah seperti
berikut:
2.4.1 14 orang pemain bola tampar lelaki maksima termasuk 2 orang
pemain libero dan 4 orang pegawai
Kemaskini: 13 Jun 2025