Page 4 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 4
Pertandingan SIPMA
6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Sistem Liga Dua kumpulan
6.1.1 Sistem pertandingan dijalankan secara liga dua kumpulan.
Pasukan yang mendapat mata tertinggi dalam setiap kumpulan
akan diisytiharkan sebagai Johan diikuti dengan Naib Johan dan
tempat Ketiga.
6.1.2 Dua pasukan dengan pencapaian jumlah mata tertinggi di setiap
kumpulan akan layak ke pusingan Separuh Akhir dan pusingan
seterusnya.
6.1.3 Sebelum bermulanya setiap set perlawanan, jurulatih perlu mengisi
barisan pemain utama dalam borang yang disediakan,
tandatangan dan diserahkan kepada pengadil ke-2 atau pencatat.
6.1.4 Semua perlawanan akan dijalankan dalam lima (5) set dan sistem
perlawanan pemenang ditentukan dengan menang (3) set daripada
lima (5) set. Pemenang ditentukan dengan kiraan mata 3-0 set atau
3-1 set atau 3-2 set.
6.1.5 Set pertama, set kedua, set ketiga dan set keempat akan
dimainkan dengan kiraan mata 25. Sekiranya kedudukan terikat
pada mata 24 sama, pemenang akan ditentukan dengan pasukan
yang mendapat mata 28 dahulu.
6.1.6 Set kelima atau set penentuan dimainkan dengan kiraan mata 15.
Sekiranya kedudukan terikat pada mata 14 sama, pemenang akan
ditentukan dengan pasukan yang mendapat mata 18 dahulu.
6.1.7 Setiap pasukan dibenarkan mempunyai seorang pemain libero
semasa pertandingan dijalankan.
6.2 Cara Pemberian Mata
6.2.1 Pasukan yang menang = 2 mata
6.2.2 Pasukan yang kalah = 1 mata
6.2.3 Pasukan yang kalah tanpa bertanding
atau pertandingan tidak tamat = 0 mata (25-0; 25-0; 25-
0)
6.3 Cara Menentukan Kedudukan
6.3.1 Jika terdapat pasukan-pasukan mendapat jumlah mata yang sama,
Kemaskini: 13 Jun 2025