Page 5 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 5
maka pemenang akan ditentukan mengikut kaedah seperti berikut:
6.3.1.1 Nisbah set tertinggi (S),
S = Jumlah set menang (semua perlawanan)
Jumlah set kalah (semua perlawanan)
6.3.1.2 Jika masih seri, Nisbah Mata (M),
M = Jumlah mata menang (semua perlawanan)
Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
6.3.1.3 Jika masih seri (S1),
S1 = Jumlah set menang (antara pasukan yang terlibat)
Jumlah Set kalah (antara pasukan yang
terlibat)
6.3.1.4 Jika masih seri (M1),
M1 = Jumlah mata menang (antara pasukan yang terlibat)
Jumlah mata kalah (antara pasukan yang terlibat)
6.3.1.5 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua
(2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah
diadakan di antara kedua-dua pasukan tersebut akan
diambil kira. Pasukan yang pernah menang di
perlawanan tersebut dikira menang.
6.3.1.6 Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang
antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan
undi akan dijalankan.
6.4 Penangguhan Perlawanan
6.4.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan dan
dijadualkan tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-
pasukan yang mengambil bahagian.
6.4.2 Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk
dimainkan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal
yang tidak dijangkakan, permainan itu tidak dapat dimainkan atau
sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar
kawalan kedua-dua pasukan dan sekiranya tidak melebihi 1 jam
keputusan berikut akan diikuti:
Kemaskini: 13 Jun 2025