Page 7 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 7
perlawanan sepatutnya dimulakan.
6.6 Menarik Diri dan Menyerah Kalah
6.6.1 Setiap pasukan haruslah menghabiskan setiap perlawanan dan
tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma
kepada pihak lawan.
6.6.2 Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan
berkenaan akan dikira sebagai menarik diri daripada keseluruhan
pertandingan. Semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh
pasukan tersebut akan dibatalkan dan pasukan tersebut tidak
dibenarkan untuk meneruskan sebarang perlawanan seterusnya.
6.6.3 Sekiranya pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan
yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu
tidak akan dibenarkan memasuki sebarang perlawanan
seterusnya. Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap
perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan
percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan atau
sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan
permainan walaupun tiada peluang untuk mendapat JOHAN, NAIB
JOHAN atau tempat KETIGA.
6.6.4 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat
memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang
cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai
Perubatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan SIPMA.
6.7 Pegawai Pertandingan
6.7.1 Pegawai pertandingan yang bertauliah akan disediakan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SIPMA.
6.8 Pakaian Pemain
6.8.1 Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan
mengikut Undang-Undang Rasmi Bola Tampar 2021-2024
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Official Volleyball Rules
2021-2024 Fédération Internationale de Volleyball – FIVB).
6.8.2 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya,
pasukan pelawat yang tercatat dalam jadual pertandingan mestilah
menukar kepada pakaian yang lain warnanya atau mengikut
peraturan sukan berkenaan.
Kemaskini: 13 Jun 2025